Bayangkan sedang menikmati makanan bersama keluarga atau rakan-rakan, tiba-tiba sebuah kapal terbang melintas betul-betul di atas kepala.
Pengalaman unik seperti itu boleh dirasai di Habib Elbie Heritage Subang yang terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.
Lokasi ini menarik perhatian kerana pengunjung bukan sahaja boleh menikmati hidangan, malah berpeluang melihat pesawat melintasi ruang udara berhampiran ketika berada di kawasan restoran.
Bagi peminat kapal terbang atau mereka yang gemar mencari port makan dengan suasana berbeza, tempat ini boleh dimasukkan dalam senarai lokasi untuk dikunjungi.
Lokasi dan Waktu Operasi
Habib Elbie Heritage Subang terletak di alamat berikut:
Lot 3416, 1, Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.
Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 3.30 petang hingga 12 tengah malam, berdasarkan maklumat yang dikongsikan.
Jadi, kalau kebetulan berada di sekitar Subang, bolehlah singgah untuk menikmati makanan sambil melihat kapal terbang melintas di ruang udara berhampiran.
